Selasa, 28 Julai 2009

ISRAK MIKRAJ DAN PERSOALANNYA

MUQADDIMAH

Israk dan Mikraj adalah suatu peristiwa besar yang berlaku dalam usaha dakwah Rasulullah S.A.W menyeru umat manusia. Berlaku sebelumnya peristiwa kebangkitan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah, dan berlaku selepasnya peristiwa hijrah baginda dan sahabat-sahabat ke Madinah Al-Munawwarah. Ketiga-tiga peristiwa ini ialah pelengkap kepada dakwah Islamiah disamping peristiwa-peristiwa yang menjadi rentetan berlakunya peristiwa besar ini.

Kita mengetahui bahawa Rasulullah dibangkitkan dalam fitrah kerasulan, diutuskan membawa agama kesudahan dengan risalah yang meliputi semua masa (zaman) dan bersesuaian dengan keadaan dan situasi masyarakat. Manakala risalah sebelumnya merangkumi masa dan persekitaran yang terhad dan terbatas, sedangkan risalah yang dibawa oleh baginda bersifat syumul kepada seluruh manusia dan bertepatan dengan semua tempat tanpa mengira sempadan tertentu.

Allah memilih tempat untuk membangkitkan utusan akhir zaman ini di tempat terdirinya rumah pertama di atas muka bumi ini iaitu Makkah al-Mukarramah, tempat yang dipilih di Semenanjung Tanah Arab, tempat yang menjadi tumpuan, tempat yang mulia, yang menjadi kemegahan dan keagongan, tempat yang menyebabkan kaum Quraisy dipandang mulia oleh penduduk di Semenanjung Tanah Arab.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah mukjizat kerasulan nabi S.A.W yang paling besar selepas al-Quran, yang tidak diberi kepada nabi-nabi sebelumnya, bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai penghulu segala nabi dan rasul yang telah diutuskan oleh Allah di atas muka bumi ini. Peristiwa yang menggoncang keimanan para sahabat, ada di antara mereka yang bertambah imannya dan ada di antara mereka yang terus kufur (murtad). Peristiwa ini mengangkat darjat Abu Bakar dengan gelaran “ as-Siddiq keran mempercayainya tanpa sebarang wasangka terhadap apa yang disampaikan oleh Nabi S.A.W.

RENTETAN BERLAKUNYA PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Maha suci Allah ketika memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W menjalankan dakwah secara terang-terangan, baginda dimusuhi oleh kaumnya sendiri. Masyarakat Quraisy memerangi baginda tanpa putus asa, tetapi penentangan ini tidak sedikit pun melemahkan baginda dan sahabat-sahabat untuk terus berjuang menyampaikan risalah Allah ini. Masyarakat Quraisy mengetahui kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W, mereka mengetahui tentang kebenaran baginda yang tidak pernah berdusta sejak lahir, mereka mengetahui tentang amanah baginda sehingga mereka memberi gelaran al-Amin kepada baginda. Oleh itu, bagaimanakah mungkin baginda berdusta dalam berurusan dengan Allah ketika menyampaikan risalahnya.

Didalam menghadapi saat penentangan dari kaum musyrikin ini, baginda memerlukan penjagaan dan perlindungan yang dapat memelihara baginda dari ancaman penduduk Makkah yang membenci ajaran baginda. Perlindungan ketika berada di rumah dan penjagaan ketika berada di sekitar kota Makkah.

Saidatina Khadijah adalah pelindung yang bertanggungjawab memelihara Rasulullah S.A.W ketika baginda berada di rumah. Sebagai seorang isteri, beliau sanggup mempertahankan Nabi S.A.W dari segala segi serta memberi semangat untuk terus berjuang. Peranan Khadijah sangat besar dalam risalah dakwah Islamiah. Baginda ada bersabda yang bermaksud : “ Demi Allah, aku tidak dapat mencari penganti yang lebih baik daripadanya, dia beriman kepadaku sedangkan manusia mengkufuri ajaran yang kubawa, dia membenarkanku ketika manusia mendustai ajaranku, dia mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam ketika mana manusia mengharamkan harta mereka kepadaku dan Allah menganugerahkan kepadaku daripadanya nak ”.

Manakala Abu Talib adalah orang yang bertanggungjawab memelihara Rasulullah S.A.W daripada ancaman orang-orang kuffar di sekitar Kota MAkkah. Abu Talib tidak beriman dengan ajaran yang dibawa olah baginda, inilah yang menjadi penyebab golongan musyrikin tidak berani mengganggu Nabi S.A.W menyampaikan ajaran yang telah diamanahkan olah Allah kepada baginda. Lagi pun kerana kedudukan Abu Talib sebagai pimpinan Kota Makkah.

Kedua-dua pemeliharaan ini menjadi sandaran yang membolehkan Nabi S.A. W bergerak menyampaikan
ajaran Islam walaupun terdapat sekatan dan halangan dari masyarakat ketika itu.

Dengan takdir Allah, Khadijah R.A meninggal dunia pada tahun yang sama. Abu Talib juga meninggal dunia. Rasulullah kehilangan tempat berteduh yang dapat memelihara kegiatan dakwah baginda di sekitar Kota Makah. Ancaman terhadap dakwah baginda semakin hebat, lalu baginda ingin mencari tempat yang agak sesuai untuk menjadikannya sebagai pusat untuk menyebarkan islam. Tempat yang dimaksudkan ialah Thaif, kerana di sini terdapat keluarga ibu susuan baginda Halimatul Saadiah iaitu keluarga Bani Saad.

Apabila Rasulullah tiba di perkampungan Thaif, baginda disambut dengan lontaran batu dan kayu, menandakan penolakan ajaran yang dibawa oleh baginda sehingga baginda mengalami kecederaan, luka pada tubuh dan luka pada hati baginda yang mulia. Sewaktu dalam perjalanan pulang menuju Makkah, baginda berhenti rehat di satu kawasan sunyi, dipenuhi dengan pohon-pohon kurma. Di situlah baginda bermunajat kepada Allah dengan sabda baginda :
اللهم اليك أشكو ضعف قوتى وقلة حيلة وهوانى على الناس يا ارحم الراحمين ، انت رب المستضعفين وانت ربى الى من تكلنى ....
“ Ya Allah, kepada engkau aku mengadu tentang lemahnya tenagaku, kurangnya helahku dan aku dihina dihadapan manusia, wahai Tuhan yang maha mengasihani, engkau adalah Tuhan orang-orang yang lemah (tertindas) wahai Tuhanku, kepada siapa engkau utuskan aku ini …”

Rasulullah S.A.W pulang dari Thaif dalam keadaan kesedihan, luka hati baginda serta bimbang jika tiada lagi tempat untuk menjadi markas penyebaran ajaran islam. Nabi S.A.W mengharapkan pemergian baginda ke Thaif akan membuka lembaran baru dalam dakwah Islamiah, tetapi penduduk Thaif lebih buruk keadaannya dari penduduk Makkah. Namun baginda tetap mengharapkan akan lahir dari anak cucu mereka generasi yang beriman kepada Allah. Impian baginda ini menjadi kenyataan dengan datangnya sekumpulan penduduk Thaif menyatakan keislaman mereka serta berbai’ah kepada baginda pada hari pembukaan Kota Makkah, tahun ke lapan hijrah.

Dalam keadaan kesedihan dan dukacita ini, ditambah pula dengan ancaman dan penentangan yang hebat daripada penduduk Makkah di setiap pelusuk dan penjuru, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah ke atas kekasihnya Muhammad S.A.W, Allah menenangkan hati baginda, memberi kekuatan untuk meneruskan usaha dakwah, maka Allah menganugerahkan kepada baginda Israk dan Mikraj. Satu anugerah yang amat besar untuk membuktikan keagongan dan kebesaran Allah serta membuktikan kebenaran ajaran baginda, satu anugerah yang hebat yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelum baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebagai sebaik-baik makhluk dan penghulu kepada nabi-nabi dan rasul-rasul a.s.

PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Al-Israk ( ) masdar dari perkataan ( ) yang bererti berjalan di waktu malam. Manakala dari sudut istilah ulamak sirah ialah Allah menjalankan utusannya Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis pada waktu malam.
Al-Mikraj ( ) ialah Allah mengangkat Nabi Muhammad S.A.W daripada Baitil Maqdis ke langit sehingga langit yang ke tujuh dan atas daripadanya. Di situlah difardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam, kemudian diturunkan semula ke Baitil Maqdis, seterusnya ke Makkah pada malam yang sama.

ISRAK DAN MIKRAJ ( TARIKH BERLAKUNYA ? )
Sebahagian ulamak berpendapat bahawa peristiwa ini berlaku setahun sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Mereka ialah Az-Zuhri, Urwah bin Zubair, Ibnu Saad dan Ibnu Hazm. Ada yang berpendapat ianya berlaku dua tahun sebelum hijrah dan ada yang berpendapat ianya berlaku tiga tahun sebelum hijrah.

Manakala dari segi bulan apakah ianya berlaku, sebahagiannya berkata ianya berlaku pada bulan Rabiul Awal. Ada yang mengatakan pada bulan Rabiul Akhir dan yang paling masyhur ianya berlaku pada bulan Rejab. Ibnu Kathir menjelaskan dalam “ Bidayah wa Nihayah ” bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada hari Isnin, 27 Rejab, setahun sebelum berlakunya peristiwa hijrah.

ISRAK DAN MIKRAJ ( BERLAKUNYA DENGAN ROH DAN JASAD – SEDAR ?? )

Jumhur ulamak salaf dan khalaf berpendapat bahawa Israk dan Mikraj berlaku dalam satu malam. Ianya berlaku secara sedar dengan roh dan jasad, bertepatan dengan firman Allah di awal surah al-Israk dengan menyebut perkataan ( ) bermaksud “ dengan hambanya ”. Mengikut ulamak tafsir yang menafsirkan ayat ini mereka bersepakat menyatakan “hamba” itu mesti terdiri daripada roh dan jasad.

Namun begitu terdapat hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a dan Muawiyah seperti berikut :
ما فقدت جسد رسول الله صلى الله عليه وسلم ولكن اسرى بروحه ....
Berdasarkan hadis ini, ianya menunjukkan bahawa baginda diIsrakkan dengan roh sahaja tanpa jasad. Mengenai perkara ini Qadhi Iyadh didalam kitabnya “ As-Syifa’ ” menyatakan bahawa hadis ini dhaif dari segi matan dan sanad, dhaif yang mardud kerana ketika peristiwa ini berlaku Saidatina Aisyah masih belum bersama (tidur) dengan Nabi S.A.W, sedangkan mereka bersama setelah hijrah ke Madinah. Manakala Muswiyah pula masih belum memeluk islam ketika peristiwa ini berlaku. Beliau memeluk islam pada hari pembukaan Kota Makkah, tahun ke lapan hijrah.

ISRAK DAN MIKRAJ ( DALIL DARI AL-QURAN )

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم.
سبحان الذى اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الأقصى الذى باركنا حوله لنريه من اياتنا، إنه هو السميع البصير – الإسراء اية 1
“ Maha suci Tuhan yang telah memperjalankan hambanya di waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk melihat tanda-tanda kebesaran kami, sesungguhnya Dia (Allah) maha mendengar lagi maha melihat “.

ولقد رءاه نزلة أخرى ، عند سدرة المنتهى ، عندها جنة المأوى ، إذ يغشى السدرة ما يغشى ، ما زاغ البصر وما طغى ، لقد راى من ايات ربه الكبرى – النجم اية 13 & 18
“ Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril (dalam rupanya yang asal) pada waktu yang lain, iaitu di Sidratil Muntaha, di sisinya ada syurga tempat tinggal, ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya, penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya, sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling besar ..”

Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Nabi S.A.W telah melihat Jibril dengan rupa yang asal dua kali. Pertamanya, ketika wahyu pertama turun kepada baginda di Gua Hirak. Keduanya, pada malam berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

ISRAK DAN MIKRAJ ( DARI AS-SUNNAH )

Hadis yang mengkisahkan peristiwa Israk dan Mikraj telah diriwayatkan oleh riwayat yang banyak dari sahabat-sahabat r.a.h dan telah dikeluarkan oleh ulamak-ulamak hadis seperti Imam Bukhori, Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam At-Tarmizi, At-Tabari, An-Nasaei, Al-Baihaqi, Ibnu Jurair dan lain-lain. Walaupun terdapat cerita yang berbeza antara satu riwayat dengan satu riwayat, tetapi ianya sebagai pelengkap antara satu sama lain.

KISAH ISRAK DAN MIKRAJ

Pada malam peristiwa ini berlaku, Nabi S.A.W tidur di Hatim, iaitu Hijr Ismail berhampiran Kaa’bah bersama dengan dua sahabat baginda di Masjidil Haram. Baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s dan Mikail a.s serta malaikat-malaikat lain. Kemudian Jibril memerintahkan malaikat mengambil orang yang sedang tidur di tengah (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) dan diletakkan berhampiran dengan zam-zam. Ibnu Kathir mengatakan Nabi s.a.w mendengar perintah Jibril walaupun sedang tidur kerana telah menjadi sifat nabi-nabi walaupun mereka tidur tetapi hati mereka sentiasa jaga. Kemudian Jibril memberi arahan “ Belahlah dari sini hingga ke sini ” iaitu daripada lubang leher sehingga ke pusat, lalu Jibril mengambil hati baginda, kemudian dibersihkan dengan air zam-zam sehingga bersih. Kemudian diambil satu bijana yang diperbuat daripada emas, lalu dimasukkan ke dalam hati Nabi s.a.w iman, islam, hikmah, ilmu, hilm dan yakin. Kemudian ditutup dada baginda, lalu diletakkan di antara pinggang baginda dengan tanda kenabian
( خاتم النبوة )

Kemudian didatangkan kepada Nabi s.a.w seekor tunggangan yang lebih kecil daripada baghal dan lebih besar daripada himar dikenali dengan Buraq, kerana setiap langkahnya sejauh mata memandang. Kepantasannya umpama kilat dan ia menjadi tunggangan nabi-nabi sebelumnya yang disimpan di khazanah Allah. Apabila sampai di hadapan baginda, buraq menjadi liar, lalu Jibril a.s memegang bulu tengkoknya dan berkata :
الا تستحيى فوالله ماركبك خلق اكرم على الله منه
“ Adakah engkau tidak malu, demi Allah tidak menunggangi engkau pada hari ini satu makhluk yang lebih dimuliakan oleh Allah dari segala makhluk “

Kemudian Nabi s.a.w dibawa oleh Jibril a.s meneruskan perjalanan menuju ke Baitul Maqdis, tiba-tiba menemui satu kawasan yang dipenuhi dengan pohon kurma, tanahnya subur, udaranya bersih dan nyaman, lalu Jibril a.s memerintahkan Nabi s.a.w turun dan menunaikan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai sembahyang, Jibril bertanya :
أتدرى اين صليت ؟
“ Tahukah kamu di manakah kamu bersembahyang ?.. Jawab Nabi s.a.w “ tidak “, Jibril berkata “ Inilah Taibah atau Yasrib “. Di sinilah tanda kemenangan islam akan bermula, iaitu tempat yang dicari-cari oleh Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tapak atau pusat penyebaran islam ke seluruh dunia.

Nabi s.a.w dan Jibril a.s meneruskan perjalanan sehingga sampai di suatu pohon yang besar, lalu Jibril memerintahkan Nabi s.a.w menunaikan sembahyang dua rakaat. Apabila selesai menunaikan sembahyang Jibril memberitahu
صليت بمدين عند شجرة موسى
“ Kamu bersembahyang di Madyan, di sisi pohon Musa a.s “. Pohon Musa ialah satu tempat Nabi Musa a.s berhenti rehat setelah dikejar oleh tentera firaun yang menuduh baginda membunuh orang mereka. Di sinilah nabi Musa a.s bertemu dengan anak nabi Syuaib yang bernama Safura dan Lia, serta mengahwini salah seorang dari mereka berdua. Baginda tinggal bersama keluarga nabi Syuaib selama sepuluh tahun (ada ulamak menyatakan selama lapan tahun), kemudian pulang ke Mesir meneruskan perjuangan menentang Firaun dan tenteranya.

Kemudian baginda meneruskan perjalanan sehingga sampai di suatu kawasan seperti kawasan istana di negeri Syam (Syiria). Jibril memberitahu baginda bahawa inilah tempat kelahiran nabi Isa a.s, iaitu Baitul Laham.
Sedang nabi s.a.w dalam perjalanan, tiba-tiba baginda melihat Ifrit daripada jin membawa obor yang sedang menyala. Setiap kali baginda berpaling terlihat api yang dibawa oleh Ifrit itu. Kata Jibril : Mahukah aku ajarkan kepada kamu satu kalimah yang dapat memadamkan api itu dan memusnahkan Ifrit ? Sabda Nabi s.a.w “ya”. Katakanlah wahai Muhammad :

أعوذ بوجه الله الكريم وبكلمات الله التامات التى لا يجاورهن سر ولا فاجر من شر ما ينزل من السماء ومن شر ما يعرج منها

Kemudian Nabi s.a.w meneruskan perjalanan. Sewaktu dalam perjalanan baginda melihat sekumpulan manusia yang sedang bercucuk tanam dan menuai pada waktu yang sama. Setelah menuai, mereka kembali menanam dan memungut hasil pada waktu yang sama tanpa putus-putus, memperolehi harta yang melimpah ruah dan kebajikan yang tidak putus-putus. Sabda Nabi s.a.w : Siapakah mereka ini wahai Jibril ?. Kata Jibril :
هؤلاء المجاهدون فى سبيل الله تضاعف الحسنة بسبعمائة ضعف .
“ Mereka itu ialah mujahid-mujahid (pejuang) pada jalan Allah, diganda bagi mereka kebajikan dengan tujuh ratus kali ganda ”.

Kemudian Nabi s.a.w melihat sekumpulan manusia yang menghentuk keoala mereka pada seketul batu yang besar. Setiap kali mereka menghentuk, kepala mereka berdarah dan terus menghentuk sehingga pecah. Kemudian kembali elok semula, lalu mereka menghentuk lagi sehingga pecah tanpa putus-putus tanda penyesalan yang teramat sangat. Sabda Nabi s.a.w : Siapakah mereka ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هؤلاء الذين تتثاقلون رؤوسهم عن الصلاة المكتوبة .
“ Mereka itu ialah orang-orang yang berat kepala mereka untuk menunaikan solat yang telah difardukan kepada mereka “.

Kemudian Nabi s.a.w melihat satu kaum yang memakai secebis kain yang menutup qubul dan dubur. Suara mereka seperti suara unta, kambing dan lembu. Makanan mereka ialah pohon zaqqum dan api neraka jahannam. Manakala minuman mereka ialah cairan dari emas dan perak yang sedang mendidih. Setiap kali mereka meminumnya akan luruhlah segala urat dan daging anggota badan mereka. Sabda Nabi s.a.w : Siapa mereka ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هؤلاء الذين لا يؤدون صدقات أموالهم وما ظلمهم الله تعالى شيئا ، وما الله بظلام للعبيد .
“ Mereka itu ialah orang-orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka, dan Allah tidak menzalimi mereka sedikit pun, dan Allah itu tidak sekali-kali menzalimi hambanya “.

Kemudian Nabi s.a.w melihat satu kumpulan manusia, di sisi mereka terdapat daging lazat yang dimasak dengan enak didalam periuk yang cantik, dan terdapat juga daging yang sudah berulat dan berbau busuk. Lalu mereka memilih untuk memakan daging yang busuk dan berulat itu dan meninggalkan daging yang baik serta lazat yang berada di sisi mereka. Sabda Nabi s.a.w : Siapakah mereka ini wahai Jibril ?. Kata Jibril :
هذا الرجل من أمتك يكون عنده المرأة الحلال الطيب فيأتى امرأة خبيثة فيبيت عندها حتى تصبح. والمرأة تقوم عند زوجها الحلال الطيب
فتأتى رجلا خبيثا فتبيت معه حتى تصبح " .

“ Inilah gambaran seorang lelaki dari umatmu, ada padanya isteri yang baik dan halal, lalu ia mencari perempuan yang jahat lagi keji dan bermalam (tidur) bersamanya sehingga subuh. Begitu juga perempuan dari umatmu yang mempunyai suami yang halal lagi baik, lalu ia mendatangi lelaki yang jahat dan keji, serta bermalam dengannya sehingga subuh “.
Inilah lelaki dan perempuan yang sudah mempunyai suami dan isteri di rumah yang halal, tetapi masih mencari orang lain untuk memuaskan hawa nafsu dan meninggalkan suami dan isteri mereka. Perbuatan terkutuk mereka ini mendapat laknat dari Allah.

Kemudian Nabi s.a.w melihat sebatang kayu yang merentangi jalan, kayu ini menyangkut kain sesiapa yang melaluinya sehingga terkoyak. Sabda baginda : Apakah ini wahai Jibril ? Kata JIbril :
هذا مثل أقوام من أمتك يقعدون على الطليق فيقطعونه ثم تلا : ولا تقعدوا بكل صراط توعدون وتصدون ...
“ Inilah bandingan satu kaum dari umatmu yang duduk merentangi jalan dan menghalangnya, kemudian dibaca firman Allah yang bermaksud “ Dan janganlah kamu duduk di atas jalan mengganggu dan menghalang orang lain..”
Inilah perbandingan dari manusia yang melakukan jenayah merompak di tengah jalan dan sentiasa menghalang orang lain untuk melakukan kebajikan dan sentiasa mencari jalan untuk memadamkan cahaya Allah dengan hujjah dan pakatan jahat yang dilakukan.

Kemudian baginda diperlihatkan dengan satu kaum yang menghimpun kayu, lalu mengikatnya dan mereka cuba untuk memikulnya tetapi tidak mampu kerana terlalu berat, kemudian menambahkannya lagi supaya bebanan menjadi lebih berat, kemudian cuba untuk memikulnya tetapi tidak mampu, lalu ditambah lagi, begitulah seterusnya. Sabda Nabi s.a.w : Siapa mereka ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هذا الرجل من أمتك يكون عليه امانات الناس لا يقدرون على آدائها وهو يريد أن يحمل عليه ....
“ Inilah bandingan seorang lelaki dari umatmu yang mempunyai tanggungjawab terhadap orang ramai, dia tidak mampu menunaikan amanah tersebut dan cuba untuk memikulnya sedangkan dia tidak mampu untuk melaksanakannya …. “
Orang yang diberi amanah kepada mereka, samada amanah itu berbentuk harta benda atau kuasa untuk memerintah, mereka tidak mampu melaksanakannya dan tidak berusaha melaksanakannya dan tidak pula ingin menyerahkannya kepada orang lain, serta cuba untuk mendapatkan amanah untuk menjadi bahan banggaan. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w yang berbunyi :
إذا وسد الأمر على غير أهله فانتظر الساعة .....
“ Apabila diletakkan sesuatu amanah (urusan) kepada yang bukan ahlinya, maka nantilah kiamat akan berlaku (berlaku tanda-tanda kiamat)

Kemudian Nabi s.a.w melihat satu kaum pada mereka terdapat kuku daripada tembaga, lalu mereka mengaru (mencalarkan) muka dan dada mereka sehingga luruh segala daging muka dan dada mereka. Sabda Nabi s.a.w : Siapa mereka ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هؤلاء الذين يأكلون لحوم الناس ويقعون فى أعراضهم ..
“ Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat dan mencela sesame manusia) serta menjatuhkan maruah saudara seislamnya ..”

Kemudian Nabi s.a.w melihat satu kaum yang menggunting lidah dan mulut mereka daripada gunting yang diperbuat daripada besi. Setiap kali mereka menggunting kembali tumbuh seperti sedia kala, lalu menggunting semula. Sabda Nabi s.a.w : Siapakah mereka wahai Jibril ?. kata Jibril :
هؤلاء الخطباء الفتنة ..

Kemudian Nabi s.a.w melihat satu kaum, perut mereka besar seumpama rumah, setiap kali mereka cuba untuk bangun terjatuh menyembah bumi, mereka tiada upaya untuk bangun. Sabda Nabi s.a.w ; Siapa mereka ini wahai Jibril ? Jawab Jibril :
هؤلاء من أمتك الذين يأكلون الرباء لا يقومون إلا كما يقوم الذى يتخبطه الشيطان من المس ...
“ Mereka itu ialah sebahagian daripada umatmu yang memakan riba, mereka tidak berdiri melainkan seperti berdirinya orang-orang yang telah dirasuk oleh syaitan (lantaran gila akibat dari pendapat mereka yang menghalalkan riba)

Kemudian Nabi s.a.w melihat seketul batu yang kecil, padanya terdapat lubang yang sempit, keluar daripadanya seekor lembu jantan yang besar. Setiap kali lembu jantan ini cuba untuk masuk semula seperti sewaktu ia keluar tadi, ia tidak mampu untuk masuk semula dan cuba untuk mencari jalan tetapi tidak menjumpainya melainkan lubang kecil tadi. Sabda Nabi s.a.w : Apakah ini wahai Jibril ? Jawab Jibril :
هذا الرجل من أمتك يتكلم بالكلمة العظيمة ثم يندم فلا يستطيع أن يردها ...
“ Inilah seorang lelaki dari umatmu yang bercakap dengan kalimah yang besar (angkuh dan sombong) kemudian ia menyesal dan tidak mampu untuk menarik balik kata-katanya yang besar itu ..”

Kemudian Nabi s.a.w meneruskan perjalanan, tiba-tiba baginda dipanggil dari sebelah kanan dengan suara lembut :
يا محمد انظرنى اسئلك – ثلاثا
“ wahai Muhammad lihatlah aku, aku perlukan bantuanmu “. Nabi s.a.w meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah suara yang memanggil itu. Kemudian terdengar pula panggilan di sebelah kiri memanggil baginda dengan nada dan suara yang sama. Baginda meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah suara yang memanggil itu. Kata Jibril :
اما فى اليمين ذاك داعى اليهود اما انك لو أجبته او وفقت عليه لتهودت أمتك ، واما فى الشمال ذاك داعى النصارى اما انك لو أجبته لتنصرت أمتك ...
“ Adapun panggilan di sebelah kanan itu ialah seruan Yahudi, jika engkau menyahutnya atau berhenti melayannya nescaya akan menjadi Yahudilah umat engkau, manakala panggilan di sebelah kiri adalah seruan dari Nasara, jika engkau menyahutnya nescaya akan jadi Nasaralah umat engkau ..”

Nabi s.a.w meneruskan perjalanan, kemudian bertemu dengan seorang perempuan yang berhias cantik, perhiasan emas dan permata membaluti tubuhnya. Dia memanggilRasulullah beberapa kali supaya baginda memberi tumpuan kepadanya. Rasulullah tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanan. Lalu Jibril memberitahu baginda dengan katanya :
تلك الدنيا ، اما انك لو أجبتها او اقمت عليها لاختارت أمتك الدنيا على الآحرة ...
“ Itulah dunia, jika sekiranya engkau menyahut atau memberi perhatian kepadanya, nescaya umatmu akan mementingkan dunia daripada akhirat “.

Nabi s.a.w meneruskan perjalanan melalui satu kawasan lembah yang subur. Tiba-tiba baginda tercium satu bauan yang sangat harum. Sabda baginda : Bau apakah ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هذه رائحة ماشطة بنت فرعون وأةلادها سقط المشط من يدها فقالت بسم الله تعسر فرعون ...
“ Ini ialah haruman tukang sikat anak perempuan Firaun, terjatuh sikat dari tangannya lalu beliau berkata : dengan nama Allah binasalah Firaun “.

Mendengar ucapan Masyitah ini, anak perempuan Firaun terkejut dan bertanya : Adakah ada tuhan lain selain dari ayahku ? Masyitah menjawab : Ya, tuhanku, tuhan kamu, tuhan ayahmu dan tuhan seluruh alam ialah Allah.
Kemudian anak perempuan Firaun mengadu kepada ayahnya tentang ucapan Masyitah yang boleh menggugat kedudukan ayahnya. Mendengar pengaduan ini, Firaun terasa dirinya tercabar dan memerintahkan Masyitah menarik balik ucapannya dan mengiktiraf dirinya sebagai tuhan. Masyitah enggan dan tetap mengatakan bahawa tuhannya dan tuhan seluruh alam ialah Allah. Firaun memerintahkan bala tenteranya menyediakan kawah tembaga berisi minyak yang banyak. Dinyalakan api di bawahnya, kemudian dipanggil seluruh keluarga Masyitah beserta anaknya yang sedang menyusu.Jika mereka enggan mengakui firaun sebagai sebagai tuhan, mereka akan dihumban ke dalam kawah minyak yang sedang menggelegak. Masyitah dan keluarganya tetap dengan akidah tauhid yang satu, Allah adalah tuhan yang menguasai seluruh alam. Kemudian Firaun memerintahkan semua keluarga Masyitah dihumban ke dalam minyak yang sedang mendidih, sebelum mereka dihumban Masyitah membuat satu permintaan supaya dihimpunkan tulangnya dan tulang anak-anaknya pada tempat yang satu. Ketika Masyitah dan anak kecilnya hendak dihumban ke dalam minyak yang mendidih itu, anaknya berkata :
يا أمى لا تخافى فإنك على الحق ..
“ Wahai ibuku, janganlah kamu bimbang, sesungguhnya kamu berada dipihak yang benar “.

Berkata Imam Ibnu Kathir, di antara kanak-kanak (masih menyusu) yang boleh bercakap ialah Nabi Isa a.s, saksi kepada Jurair dan anak Masyitah. Masyitah adalah lambang wanita yang solehah, sanggup mempertahankan aqidahnya dengan nyawa yang terlalu besar nilainya di sisi Allah s.w.t.

Kemudian Nabi s.a.w meneruskan perjalanan. Baginda tiba di suatu kawasan yang bersih, nyaman udaranya, tercium satu bauan yang lebih harum daripada kasturi dan terdengar satu suara yang lembut. Sabda Nabi s.a.w : Suara siapakah ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هذا صوت الجنة تقول يارب ائتنى بما وعدتنى ...
“ Ini ialah suara syurga, ia berkata : wahai tuhanku berikanlah kepadaku apa yang telah engkau janjikan ..”

Tiba-tiba Nabi s.a.w tercium satu bauan yang sangat busuk dan suara yang mengerikan. Sabda Nabi s.a.w : Suara apakah ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
هذا صوت جهنم تقول يارب ائتنى بما وعدتنى ...
“ Ini ialah suara neraka jahannam, ia berkata : wahai tuhanku berikanlah kepadaku apa yang telah engkau janjikan ..”

Sambil meneruskan perjalanan, Nabi s.a.w melihat seorang perempuan tua yang berhias seraya menyuruh baginda berhenti dan cuba menarik perhatian baginda untuk melayannya. Kata Jibril : “ Ya Muhammad teruskan perjalanan, sesungguhnya itulah Iblis yang paling besar dan cuba memesongkan umatmu dari ajaranmu “.

Kemudian Nabi s.a.w melihat seorang perempuan tua yang bongkok. Sabda baginda : Siapakah perempuan ini wahai Jibril ? Kata Jibril :
اما العجوز التى رأيت على جانب الطريق فلم يبقى من الدنيا كما بقى من عمر تلك العجوز ..
“ Adapun seorang tua yang kamu lihat berada di tepi jalan tadi, tidak tinggal dari umur dunia ini melainkan umur perempuan tua ini ..”

Kemudian Nabi s.a.w meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Baitul Maqdis, setelah turun dari tunggangan, baginda menikam tungkatnya pada seketul batu dan mengikat Buraq di hadapan pintu yang telah menjadi sunnah nabi-nabi terdahulu mengikat tunggangan mereka di situ. Kemudian Jibril memimpin Nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa lalu menyuruh baginda menunaikan solat dua rakaat. Setelah selesai sembahyang, Nabi s.a.w melihat orang ramai berpusu-pusu memasuki masjid. Setelah diazan dan diiqamat, mereka mencari-cari siapakah yang layak menjadi imam. Lalu Jibril memegang tangan Nabi s.a.w dibawa ke hadapan untuk menjadi imam sembahyang dua rakaat. Setelah selesai mengimamkan sembahyang dua rakaat itu, baginda berpaling kepada Jibril. Jibril bertanya :
“ Adakah kamu tahu siapakah yang bersembahyang di belakang kamu ? Jawab Nabi s.a.w : Tidak, Jibril menjawab :
صلى خلفك كل نبى بعثه الله عز وجل ( ارواح الأنبياء والمرسلين )
“ Bersembahyang di belakang kamu semua nabi-nabi yang telah diutuskan oleh Allah (iaitu roh nabi-nabi dan rasul-rasul) “

Setelah itu, diperkenalkan Nabi Muhammad s.a.w kepada semua nabi-nabi, lalu bangun setiap dari mereka memberi ucapan sehinggalah sampai giliran yang terakhir iaitu Rasulullah s.a.w. Bangun Nabi Ibrahim memberikan ucapannya :
الحمد لله الذى اتخذنى خليلا واعطانى ملكا عظيما وجعلنى أمة قانتا يؤتم بى وأنقذنى من النار وجعلها على بردا وسلاما ......

Kemudian bangun Nabi Musa a.s memberi ucapan baginda :
الحمد لله الذى كلمنى تكليما وجعل هلاك ال فرعون ونجاة بنى اسرائيل على يدى وجعل من امتى قوما يهدون بالحق وبه يعدلون ..

Kemudian bangun Nabi Daud a.s memberi ucapannya :
الحمد لله الذى جعل لى ملكا عظيما وعلمنى الزبور وسخرلى الجبال يسبحن والطير وأعطانى الحكمة وفصل الخطاب ...

Kemudian bangun Nabi Sulaiman a.s memberi ucapan baginda :
الحمد لله الذى سخرلى الرياح وسخ لى الشيطان يعملون ماشئت من محاريب وتماثيل وجفان ، وعلمنى منطق الطير واتانى من كل شىء فضلا وسخر لى جنود الشياطين والانس والطير وفضلنى على كثير من عباده المؤمنين واتانى ملكا عظيما لا ينبغى لاحد من بعدى وجعل ملكى ملكا طيبا ليس فيه حساب ...

Kemudian bangun Nabi Isa a.s memberi ucapan baginda :
الحمد لله الذى جعلنى كلمته وجعل مثلى كمثل أدم خلقه من تراب ثم قال له كن فيكون وعلمنى الكتاب والحكمة والتوراةوالإنجيل وجعلنى اخلق من الطين كهيئة الطير فانفخ فيه فيكون طيرا بإذن الله وجعلنى ابرئ الأكمه والأبرص واحيى الموت بإذن الله ورفعنى وطهرى واعاذنى من الشيطان الرجيم ، فلن يكن للشيطان علينا سبيل .....

Kemudian Nabi s.a.w bangun memberi ucapannya dengan memuji kebesaran Allah s.w.t. Sabda baginda :
كلكم اثنى على ربى وانى مثنى على ربى – الحمد لله الذى ارسلنى رحمة للعالمين كافة للناس بشيرا ونذيرا وانزل على الفرقان فيه بيان كل شىء وجعلنى خير أمة اخرجت للناس وجعل أمتى أمة وسطا وجعل أمتى هم الأولون وهم الآخرون وشرح لى صدرى ووضع عنى وزرى ورفع لى ذكرى وجعلنى فاتحا وخاتما ...
“ Setiap kamu memuji tuhanku dan aku juga memuji kebesarantuhanku – Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada seluruh alam dan dibangkitkan kepada seluruh manusia kesemuanya, sebagai memberi khabar gembira dan peringatan, diturunkan kepadaku al-Quran didalamnya terdapat keterangan mengenai tiap-tiap sesuatu, dijadikan kepadaku sebaik-baik umat yang dikeluarkan di antara manusia, dijadikan umatku umat pertengahan (sederhana), dijadikan umatku yang terawal dan terakhir, dilapangkan dadaku, diletakkan kepadaku tanggungjawab, dan dijadikan aku sebagai permulaan dan kesudahan “.
Kata Nabi Ibrahim a.s : “ Inilah kelebihan Muhammad daripada kamu ”.

Kemudian Nabi s.a.w berasa dahaga lalu dibawa kepada baginda tiga gelas minuman. Pertamanya gelas yang berisi air, Jibril mempelawa Nabi s.a.w minum, lalu baginda meminumnya. Kemudian dibawa kepada Nabi s.a.w gelas yang kedua berisi susu. Jibril mempelawa baginda minum, Nabi s.a.w meminumnya. Kemudian dibawa gelas yang ketiga berisi arak. Jibril mempersilakan baginda untuk minum, lalu baginda menolaknya, kata Jibril :
أصبت الفطرة انها ستحرم على أمتك ولو شربت منها لم يتبعك من أمتك الا قليل ...
“ Engkau telah memilih fitrah (kesucian) sesungguhnya ia akan diharamkan kepada umat engkau, jika sekiranya engkau meminumnya, tidak mengikutlah ajaran yang kamu bawa melainkan sedikit sahaja “.

Tibalah masanya Rasulullah s.a.w dibawa oleh Jibril a.s untuk dimikrajkan. Allah memerintahkan malaikat membuat satu bangunan tangga untuk memudahkan Nabi s.a.w naik ke langit ditemani oleh Jibril.

Seterusnya Nabi dibawa naik sehingga sampai pada langit yang pertama. Jibril meminta pintu langit dibuka. Malaikat yang menjaga pintu langit pertama bernama Ismail. Di bawahnya terdapat tujuh puluh ribu malaikat dan di bawah tiap-tiap malaikat itu terdapat tujuh puluh ribu pula tentera dikalangan malaikat ( tidak mengetahui tentera Tuhan engkau melainkan Dia ). Beliau bertanya : Siapa bersama kamu ? Jawab Jibril : Muhammad. Ditanya lagi : Adakah dia dilantik menjadi Rasul ? Jibril mengiyakan pertanyaan itu. Mereka berkata : “ Selamat datang, semoga Allah memanjangkan usia kamuwahai khalifah Allah di atas muka bumi “. Kemudian Nabi s.a.w dibawa masuk, dilihatnya seorang lelaki yang sempurna kejadiannya, di kanannya terdapat pintu yang keluar daripadanya bauan yang harum, manakala di kirinya terdapat pintu yang keluar daripadanya bauan yang busuk. Setiap kali ia memandang ke kanannya, dia tersenyum dan ketawa. Apabila dia memandang ke kirinya, dia menangis, tergambar diwajahnya kesedihan. Sabda Nabi s.a.w : Apakah kedua-dua pintu itu wahai Jibril ? Jawab Jibril : “ Lelaki itu adalah bapa kamu, Adam a.s, pintu di sebelah kanannya itu ialah pintu syurga,setiap kali dia melihat umatnya yang masuk syurga dia tersenyum tanda gembira, manakala pintu di sebelah kirinya itu ialah pintu neraka, setiap kali dia melihat umatnya yang masuk neraka dia akan menangis dan bersedih “. Kemudian Nabi s.a.w memberi salam kepada Nabi Adam a.s. Setelah menjawab salam baginda, Nabi Adam berkata :
مرحبا يا ابن صالح والنبى الصالح ...

Di langit dunia ini Nabi s.a.w melihat dua batang sungai yang mengalir, yang jelas kelihatan. Sabda baginda : Sungai apakah ini wahai Jibril ? Kata Jibril : “ Inilah sungai Nil dan Furat “.

Kemudian baginda dibawa ke langit yang kedua. Jibril memerintahkan pintu langit yang kedua dibuka. Berkata malaikat yang menjaga pintu langit itu : Siapa bersama kamu ? Kata Jibril : Muhammad. Adakah dia dilantik menjadi Rasul ? Jawab Jibril: Ya, dia telah dilantik menjadi rasul. Mereka berkata “ Selamat datang wahai utusan Allah, khalifah Allah di atas muka bumi, semoga Allah memanjangkan usia kamu “. Setelah itu dibuka pintu langit yang kedua. Nabi s.a.w bertemu dengan dua orang lelaki. Jibril memberitahu bahawa dua orang lelaki ini adalah dua saudara sepupu iaitu Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s. Nabi s.a.w memberi salam kepada keduannya. Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s mendoakan kebajikan kepada baginda. Sabda Rasulullah s.a.w : “ Aku melihat Isa a.s Ibnu Maryam, wajahnya seperti Abu Urwah As Thaqafi “.

Kemudian Nabi s.a.w dibawa ke langit ketiga. Malaikat yang ditugaskan menjaga pintu langit yang ketiga menyambut kedatangan baginda seperti pada langit yang kedua. Apabila dibuka pintu langit yang ketiga, Nabi melihat seorang lelaki yang cantik rupa parasnya seperti bulan mengambang penuh yang dihiasi bintang-bintang. Sabda Nabi s.a.w : Siapa lelaki ini wahai Jibril, begitu indah kejadiannya dan elok rupanya ? Jawab Jibril : “ Inilah saudara kamu Yusuf a.s. Nabi s.a.w melihat Nabi Yusuf dikelilingi oleh kaumnya, lalu baginda memberi salam kepadanya dan Nabi Yusuf mengucapkan selamat datang danberdoa kebajikan untuk baginda s.a.w.

Kemudian Nabi s.a.w dibawa ke langit keempat. Malaikat yang ditugas menjaga pintu langit menyambut kedatangan Nabi s.a.w seperti pada langit kedua. Apabila dibuka pintu langit yang keempat, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s. Nabi Idris mengucapkan selamat datang dan mendoakan kebajikan untuk nabi s.a.w.

Kemudian baginda dibawa ke langit yang kelima. Malaikat yang ditugas menjaga pintu langit kelima menyambut kedatangan Nabi s.a.w seperti pada langit kedua. Apabila dibuka pintu langit yang kelima, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s yang sedang dikelilingi oleh kaumnya mendengar cerita daripadanya. Nabi Harun adalah seorang yang lemah lembut dan disukai oleh kaumnya. Lalu baginda s.a.w memberi salam kepada Nabi Harun a.s. Nabi Harun mengucapkan selat datang dan mendoakan kebajikan untuk Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w dibawa ke langit keenam. Malaikat yang ditugaskan menjaga pintulangit menyambut kedatangan Nabi s.a.w seperti pada langit yang kedua. Apabila dibuka pintu langit keenam, Nabi bertemu dengan Nabi Musa a.s yang sedang dikelilingi oleh kaumnya yang memenuhi pelusuk langit. Nabi s.a.w memberi salam kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa menjawab dan mengucapkan selamt datang dan mendoakan kebajikan untuk baginda s.a.w. sambil menangis. Lalu Nabi s.a.w bertanya : Mengapa engkau menangis wahai saudaraku ? Nabi Musa a.s menjawab : “ Aku menangis kerana lelaki yang diutuskan selepasku umatnya masuk syurga lebih ramai dari umatku “.

Kemudian Nabi s.a.w dibawa ke langit ketujuh. Malaikat yang ditugaskan menjaga langit yang ketujuh menyambut kedatangan Nabi s.a.w seperti pada langit yang kedua. Apabila dibuka pintu langit yang ketujuh, Nabi melihat seorang lelaki beruban (terdapat sedikit putih pada rambutnya) iaitu Nabi Ibrahim a.s yang sedang duduk di sisi pintu syurga di atas kerusi yang diperbuat daripada emas mengadap Baitul Makmur. Nabi s.a.w memberi salam kepadanya. Nabi Ibrahim menjawab “ Selamat datang wahai anak serta nabi yang soleh. Seluruh umatmu memperbanyakkan buah-buahan syurga. Sesungguhnya syurga ini luas “. Nabi bertanya : Apakah buah-buahan syurga itu ? Nabi Ibrahim menjawab : Banyakkanlah menyebut :
لا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم ، سبحان الله والجمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ..

Di sisi Nabi Ibrahim a.s terdapat dua golongan. Golongan pertama putih-putih wajah mereka. Manakala golongan kedua terdapat kotoran pada wajah mereka. Mereka masuk ke dalam sebatang sungai membersihkan wajah mereka beberapa kali sehingga hilang kotoran itu. Sabda Nabi s.a.w : Siapakah mereka itu wahai Jibril ? Kata Jibril:
واما هؤلاء الأبيض الوجوه فقوم لم يلبس ايمانهم بظلم . واما هؤلاء الذين الوانهم شىء فقوم خلطوا عملا صالحا .....
“ Adapun orang-orang yang putih wajah mereka ialah golongan yang tidak bercampur iman mereka dengan kezaliman (syirik) dan adapun orang-orang yang terdapat kotoran di wajah mereka adalah golongan yang mencampurkan amalan soleh dengan kejahatan mereka, mereka memohon keampunan Allah maka Allah mengampunkan mereka ” .

Lalu Nabi s.a.w melihat dikalangan umat baginda ada yang memakai pakaian putih dan ada yang memakai pakaian hitam. Kemudian Rasulullah s.a.w masuk ke dalam Baitul Makmur dan ikut menyertai baginda golongan yang berpakaian putih. Manakala golongan yang berpakaian hitam ditahan daripada memasuki Baitul Makmur. Nabi s.a.w bersembahyang bersama mereka dalam Baitul Makmur. Pada tiap-tiap hari terdapat 70 ribu malaikat bersembahyang di situ. Baitul Makmur adalah kiblat bagi malaikat. Ia berbetulan dengankaabah di bumi.

Selepas itu Nabi s.a.w merasa dahaga lalu dibawa kepada baginda arak, susu dan madu. Baginda memilih susu. Berkata Jibril :
أخترت الفطرة انت وامتك عليها .
“ kamu memilih fitrah (kesucian), kamu dan umatmu didalam fitrah “

Lalu Nabi s.a.w dibawa kepuncak langit yang ketujuh. Nabi s.a.w memandang ke atas melihat Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha adalah kawasan yang luas. 70 tahun perjalanan masih belum bertemu kesudahannya. Didalamnya terdapat empat sungai yang mengalir. Dua daripadanya didalam syurga dan dua lagi adalah sungai Nil dan Furat.

Nabi s.a.w dibawa oleh Jibril melawat Kauthar (sesiapa yang meminum air daripadanya tidak akan dahaga buat selama-lamanya) lalu diberi timba daripada emas dan dibawa air dari Kauthar kehadapan Nabi s.a.w. Nabi minum daripadanya (air putih, lebih putih dari susu dan rasanya lebih manis daripada madu manakala baunya lebih harum daripada kasturi)

Ada diantara umat Nabi s.a.w diberi minum sepuas-puasnya dan ada diantara mereka yang dihadang daripada meminumnya. Sabda Nabi s.a.w “ Jangan halang mereka, mereka adalah umatku “. Kata Jibril : “Wahai Muhammad, kamu tidak tahu bahawa ada dikalangan umatmu yang menyeleweng dari ajaran yang kamu bawa selepas kewafatanmu “.

Kemudian Nabi dibawa melihat syurga. Baginda melihat syurga dengan penuh taajub. Kata Jibril a.s kepada Nabi :
ان الله تعالى قد أعد لعباده الصالحين مالا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر ..
“ Sesungguhnya Allah Taa’la telah menjanjikan kepada hamba-hambanya yang soleh satu anugerah (syurga) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas didalam hati manusia kelazatan dan keindahannya “.

Tiba-tiba Nabi s.a.w melihat seorang perempuan yang cantik jelita menyambut kedatangan baginda. Sabda baginda : Siapa kamu ? Kata perempuan itu, Aku dijadikan untuk Zaid bin Harithah .

Sedang Nabi s.a.w berjalan-jalan tiba-tiba nabi melihat tiga batang sungai. Satunya sungai yang mengalir didalamnya susu yang enak rasanya. Keduanya sungai yang mengalir didalamnya arak yang lazat tidak memabukkan kepada sesiapa yang meminumnya dan ketiga sungai yang mengalir didalamnya madu yang bersih.

Nabi s.a.w melihat kubah syurga yang diperbuat daripada batu permata. Nabi melihat burung berwarna hijau berterbangan. Terdapat buah delima yang besar (Ketika nabi sedang bercerita, tiba-tiba Abu Bakar bertanya : “Adakah rasanya nikmat, ya Rasulullah ? Sabda baginda: Akupernah memakannya dan terasa sungguh nikmat dan lazat. Aku berharap engkau juga dapat memakannya “.

Kemudian Nabi melihat neraka. Padanya terdapat kemurkaan Allah dan balasanterhadap mereka yang engkar dengan suruhanNya. Jika dilempar padanya batu dan besi nescaya menjadi lebur. Nabi s.a.w bertemu dengan malaikat yang menjaga pintu neraka. Wajahnya masam seperti orang yang sedang marah. Nabi memberi salam kepadanya lalu malaikat Malik menjawab salam dan mendoakan kebajikan untuk baginda.

Nabi s.a.w dibawa ke Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha diliputi oleh awan yang tebal. Jibril tidak terdaya melaluinya dan membiarkan Nabi pergi berseorangan. Sabda Nabi s.a.w : Adakah engkau tinggalkan aku berjalan seorang diri ? Kata Jibril :
وما منا الا له مقام معلوم ..

Apabila sampai di Sidratul Muntaha nabi melihat bayangan seorang lelaki yang kemudian ia hilang di baying Arasy. Nabi bertanya sendirian : Siapakah lelaki ini ? Adakah malaikat atau nabi ? Terdengar kepada baginda suara menjawab :
لا هذا رجل كان فى الدنيا لسانه رطب بذكر الله ، وقلبه معلق بالمساجد ولم يعق والديه قط ..
“ Tidak, ini adalah lelaki semasa di dunia dahulu lidahnya basah dengan menyebut Allah, hatinya sentiasa terpaut di masjid (mengabdikan diri kepada Allah) dia tidak menderhakai ibubapanya “

Kemudian Nabi s.a.w melihat setiap daun Sidratul Muntaha terdapat 70 ribu malaikat dan bilangan daun itu hanya Allah yang maha mengetahui. Mereka berkata : “ Wahai Muhammad, berbicaralah dengan Tuhanmu “. Pada malam itu Nabi melihat Zat Allah. Perkara ini harus di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah, tetapi khilaf di sisi Mu’tazilah.

Sabda Nabi s.a.w :
انك اتتخذت ابراهيم خليلا واعطيته ملكا عظيما وكلمت موسى تكليما واعطيت داود ملكا عظيما وألنت له الحديد سخرت له الجبال واعطيت سليمان ملكا وسخرت له الجن والإنس والشياطين وسخرت له الرياح واعطيت له ملكا لا ينبغى لأحد من بعده وعلمت عيسى التورات والإنجيل وجعلته يبرئ الكمه والأبراص ويحيى الموتى بإذنك واعذته وامه من الشياطين الرجيم فلم يكن الشيطان عليهما سبيل .
“ Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya Engkau mengambil Ibrahim sebagai kekasih dan memberi kepadanya kerajaan yang besar, Engkau berkata-kata kepada Musa, menganugerahkan kepada Daud kerajaan yang besar dan membolehkannya melembutkan besi dan menguasai gunung-ganang, Engkau menganugerahkan kepada Sulaiman kerajaan yang besar dan boleh menguasai jin, manusia dan syaitan, memberikannya dapat menguasai angina dan memberikan kepadanya kerajaan yang tidak diberi kepada sesiapapun selepasnya, Engkau mengajar kepada Isa Taurat, Injil dan menjadikannya boleh menyembuhkan penyakit kusta dan sopak, menghidupkan orang mati dengan izinMu, menghindarkan Isa dan ibunya daripada syaitan yang direjam dan tiada jalan bagi syaitan untuk mempengaruhi mereka berdua “.

Firman Allah s.w.t :
وقد اتخذت خليلا وهو مكتوب فى التورات حبيب الرحمن ، وأرسلتك الى الناس كافة بشيرا ونذيرا ، وشرحت لك صدرك وجعلت امتك خير أمة أخرجت للناس ، وجعلت أمتك أمةوسطا وجعلت أمتك هم الأولين وهم الآخرين ، وجعلتك اول النبيين خلقا وآخرهم بعثا واعطيتك سبعا من المثانى لم يعطها نبيا قبلك وأعطيتك خواتيم سورة البقرة من كنز تحت العرش لم اعطها نبيا قبلك واعطيتك الكوثر واعطيتك ثمانية اسهم الإسلام والهجرة والجهاد والصلاة والصدقة وصوم رمضان والأمر بالمعروف والنهى عن المنكر ، وجعلتك فاتحا وخاتما "
“ Demi sesungguhnya aku telah menjadikan engkau kekasih yang termaktub dalam kitab Taurat. Aku mengutuskan engkau kepada semua manusia sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan. Aku menerangkan dadamu, Aku menjadikan umatmu sebaik umat yang telah dikeluarkan dikalangan manusia, Aku menjadikan umatmu umat pertengahan, Aku menjadikan umatmu mereka yang awal dan akhir, Aku jadikan engkau permulaan segala nabi-nabi pada kejadian dan kesudahan segala nabi-nabi pada dibangkitkan/utuskan, Aku memberi kepada engkau sab’ul masani yang tidak aku kurniakan pada nabi sebelummu. Aku menganugerahkan kepadamu penutup surah baqarah daripada gedung simpanan di Arasy yang tidak aku berikan kepada nabi sebelummu. Aku berikan kepadamu al-Kausar dan aku berikan kepadamu lapan pemberian iaitu islam, hijrah, jihad, solat, sedekah (zakat), puasa dibulan ramadhan, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan Aku jadikan engkau permulaan dan kesudahan …”

Jawab Nabi s.a.w :
فضلنى ربى بستة ، اعطانى فواتيح الكلام وخواتيمه وجوامع الحديث ، وارسلنى الى الناس كافة بشيرا ونذيرا ، وقذف فى قلوب اعدائى الرعب من مسيرة شهر ، وأحلت لى الغنائم ولم تحل لأحد قبلى وجعلت لى الأرض كلها طهورا ومسجدا ..
“ Tuhanku telah melebihkan aku dengan enam perkara, memberikan aku pembuka bicara dan penutupnya dan perhimpunan hadis, diutuskan aku kepada semua manusia sebagai memberi khabar gembira dan peringatan, meletakkan di hati musuh-musuhku rasa gerund sebulan perjalanan, menghalalkan kepada ku harta rampasan perang dan diharamkan kepada nabi sebelumku, dijadikan untukku bumi ini bersih dan tempat sujud “

Setelah menerima wahyu difardhukan sembahyang 50 waktu atas umat baginda, Nabi s.a.w turun semula dan disambut oleh Jibril a.s sehinggalah sampai ke langit yang keenam dan disambut pula oleh Nabi Musa a.s yang kemudiannya bertanya :
ما فرض ربك على أمتك ؟ قال صلى الله عليه وسلم : بخمسين صلاة ، قال موسى عليه السلام : ارجع الى ربك فاسأله التخفيف ....
Nabi s.a.w naik semula menemui Allah dan meminta dikurangkan sembahyang sepuluh. Lalu Nabi turun menemui Musa a.s mengkhabarkan kepadanya bahawa sembahyang menjadi 40. Nabi Musa berkata : “ Pergilah menemui tuhanmu, mintalah kepadanya agar dikurangkan (diringankan) kerana umatmu selemah-lemah umat, dan aku telah menemui umat Bani Israel itu lebih kuat dan gagah ( tetapi mereka enggan melaksanakannya)”

Baginda berulang-alik menemui Allah sehinggalah sembahyang yang pada asalnya difardhukan 50 waktu sehari semalam menjadi 5 waktu. Apabila bertemu dengan Nabi Musa a.s baginda menyuruh supaya Nabi s.a.w meminta kurang kerana umat Nabi s.a.w tidak mampu melaksanakannya.
قال صلى الله عليه وسلم : قد سألت ربى حتى استحييت ولكن ارض وأسلم فنفذت فنادانى مناد قد امضيت فريضتى وخففت عن عبادى ( رواه البخارى ومسلم )

Berkata Dr. Ahmad Omar Hasyim, Nabi Musa a.s meminta Nabi Muhammad menemui tuhan untuk meminta dikurangkan sembahyang pada asalnya lima puluh waktu menjadi lima waktu, adalah kerana ketika Nabi Musa meminta untuk melihat Allah, lalu Allah memerintahkan kepada baginda supaya melihat bukit, apabila baginda memandang bukit, baginda terus pengsan kerana terpegun dengan cahaya kebesaran Allah. Jadi apabila Nabi s.a.w dapat melihat zat Allah, maka Nabi Musa merasai terlalu gembira kerana saudaranya dapat melihat zat kebesaran Allah dan meminta supaya dilihat zat yang tidak pernah dilihatnya.

Kemudian Nabi terus dibawa turun ke Baitil Maqdis dan seterusnya ke Masjidil HAram di Makkah. Bila tiba waktu pagi, baginda s.a.w duduk bersendirian dalam keadaan dukacita kerana baginda dapat merasai bahawa masyarakat Quraisy akan mendustai apa yang akan diceritakan nanti. Dalam keadaan bersendirian itu, tiba-tiba datang Abu JAhal lalu duduk berhampiran baginda seperti mengejek sambil berkata : “Ya Muhammad ! Adakah cerita baru pada hari ini ? Sabda Rasulullah : Ya ! Apa dia ? tanya Abu Jahal. Lalu Nabi menceritakan bahawa semalam baginda telah dibawa ke Baitil Maqdis kemudian diangkat ke langit. Abu Jahal berkata : Sebentar ya Muhammad, jika aku menghimpunkan kaum Quraisy datang ke sini, adakah engkau akan menceritakan cerita seperti yang engkau ceritakan kepadaku ? Sabda Nabi s.a.w : Ya !. Tujuan Abu Jahal adalah untuk mempersendakan apa yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. Apabila semuanya telah berhimpun yang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak, maka berkatalah Abu Jahal : “ Ceritakanlah kepada kaummu sebagaimana yang engkau ceritakan kepadaku “.

Lalu baginda menceritakan kisah Israk ini. Abu Jahal memotong percakapan Nabi s.a.w lalu bertanya kepada orang ramai dengan nada sinis mempersendakan cerita Nabi, “ Berapa lama perjalanan kamu ke Baitil Maqdis ?Jawab mereka : Sebulan perjalanan pergi dan sebulan perjalanan balik “.
Bangun seorang lelaki berkata : “ Wahai Muhammad, aku adalah orang yang paling mengetahui selok belok Baitil Maqdis, maka sekarang beritahulah kepadaku bagaimana binaannya, keadaan persekitarannya dan berapa jaraknya berhampiran bukit yang berdekatan ?

Maha suci Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu, mengangkat Masjidil Aqsa dan diletakkan di hadapan mata Nabi s.a.w, seperti seorang lelaki melihatrumahnya sendiri. Nabi Muhammad memberitahu secara terperinci tentang Baiti Maqdis, dari segi reka bentuknya, kawasan persekitarannya dan jaraknya dari bukit yang berdekatan serta memberitahu jumlah tiang didalamnya. Lelaki yang bertanya tersebut terus terpegun lalu berkata :
يا محمد صدقت ن فقد صدق محمد فيما قال ..

Seorang daripada mereka pergi menemui Abu Bakar untuk menceritakan kisah Israk dan Mikraj ini supaya Abu Bakar tidak mempercayainya kerana Abu Bakar adalah orang kuat membantu Nabi s.a.w menyebarkan Islam. Apabila diceritakan di hadapan Abi Bakar, beliau berkata :
ان كان قاله فقد صدقت وانا لنصدقه فيما هو أبعد من هذا لنصقه على خبر السماء
“ Jika yang berkata sedemikian adalah Muhammad, aku percaya. Jika sekiranya Muhammad menceritakan perjalanan yang lebih jauh daripada itu kami percaya dan kami sentiasa percaya dengan pengkhabaran dari langit “

Lalu Abu Jahal mendesak baginda menyatakan tanda-tanda sebagai bukti bahawa semalam baginda pergi ke Baitil Maqdis. Baginda s.a.w menceritakan sewaktu dalam perjalanan Nabi bertemu dengan satu qabilah Quraisy yang sedang menuju ke Makkah (dalam perjalanan ke mari) membawa barang-barang makanan. Mereka kehabisan air, lalu Nabi meminta bekas air dan meminumnya. Mereka bertanya : “ adakah ada air didalamnya ? Nabi menjawab : “ Aku minum daripadanya “, lalu dikembalikan kepada mereka dan mendapati ada air didalamnya lalu mereka meminumnya. Unta yang membawa barang-barang makanan mereka hilang. Unta ini membawa dua guni yang masing-masing berwarna putih dan hitam. Ada riwayat yang mengatakan bahawa unta itu mempunyai tumpukan yang berwarna putih di dada. Mereka (qabilah) memberitahu Nabi bahawa unta mereka hilang, lalu baginda memerintahkan mereka mencari unta di sekitar tempat tersebut. Mereka akan sampai tidak lama lagi. Orang ramai menunggu qabilah ini, sehinggalah waktu hampir tengahari, sampailah qabilah yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. Orang ramai datang mengerumuni qabilah ini dan bertanya tentang apa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. Mereka menyatakan bahawa semalam mereka berjumpa Muhammad dan memberitahu tempat unta mereka yang hilang.
Akhirnya Abu Jahal tidak ada lagi hujah-hujah untuk mempersendakan kisah Israk dan Mikraj ini lalu beliau enggan mempercayainya dengan mengatakan bahawa ini adalah sihir Muhammad.

PERSOALAN TENTANG PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ.

1. Kenapa Nabi s.a.w berjalan ke Baitil Maqdis dan tidak dimulakan daripada Masjidil Haram terus ke Siratil Muntaha ?
Baitul Maqdis merupakan tempat suci bagi Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan nabi-nabi dari kalangan Bani Israel. Rasulullah s.a.w tidak diutuskan kepada kaumnya sahaja bahkan baginda diutuskan kepada seluruh alam untuk menyampaikan seruannya. Maka Israk Nabi dari Makkah ke Baitil Maqdis menyatakan bahawa agamanya memelihara kesejahteraan pada setiap pelusuk dunia.
Pandangan Syeikh Imam Abu Muhammad bin Abi Jamrah dalam kitabnya “ Bahjatun Nufus “ : Hikmah diisrakkan Rasulullah s.a.w ke Baitil Maqdis sebelum dimikrajkan ke langit memberi hujjah kepada orang musyrikin dan orang yang syak tentang peristiwa ini, bahawa jikalau dimikrajkan Nabi dari Makkah terus ke langit nescaya orang Kuffar tidak ada jalan untuk berhujjah dengan Nabi, kerana mereka tidak ada pengetahuan tentang alam samawiyah untuk berhujjah dengan Nabi s.a.w. “

2. Kenapakah Israk berlaku pada waktu malam ?
i. Supaya bertambah keimanan dengan perkara yang ghaib dan menjadi fitnah kepada mereka yang ingkar tentang peristiwa ini.
ii. Malam merupakan tempat dan masa memperkenankan doa, keampunan dan pemberian dari Allah s.w.t.
iii. Malam merupakan waktu bermujahadah untuk ibadat. Qiamullail bagi Nabi s.a.w merupakan satu kewajipan.

3. Bagaimana sungai Nil dan Furat berada di langit ketujuh sedangkan kedua-duanya berada di bumi dimana kita mengetahui tempat dan kedudukan keduanya ?
Didalam kitab Israk dan Mikraj, karangan Dr. Syeikh Muhammad Abi Syuhbah : Berlaku kemusykilan pada sebahagian manusia tentang sabda Nabi s.a.w pada hadis Mikraj “ kemudian diangkatkan aku ke Sidratul Muntaha, padanya empat sungai : dua sungai tersembunyi (iaitu dua sungai didalam syurga) dan dua sungai yang zahir (iaitu sungai Nil dan sungai Furat)
Jawab Syeikh Muhammad Abi Syuhbah, pada malam yang berkat ini (malam Israk dan Mikraj) dipamirkan berbagai-bagai contoh dan gambaran/perumpamaan. Allah memperlihatkan kepada NabiNya tanda-tanda dan pengajaran-pengajaran tentang hikmah, keterangan dan rahsiaNya. Apa yang disebut dalam hadis tentang Nil dan Furat didatangkan atas jalan contoh dan gambaran. Apa yang Nabi s.a.w lihat pada malam tersebut ialah contoh bagi keduanya (sungai Nil dan Furat) sebagaimana digambarkan kepada Nabi roh-roh para Anbiyak dan dibentukkan dengan tubuh mereka didalam peristiwa ini.
Hikmah diperbuat contoh dengan dua sungai ini ialah Allah s.w.t akan menepati janjinya,dan menyempurnakan pertolongan dan nikmatnya dengan mengangkat agamanya mengatasi agam-agama yang lain, dan Allah akan membukakan bumi ke atas umat Nabi s.a.w berpanjangan dari sungai Nil sehingga ke sungai Furat.

4. Sebahagian manusia meragui tentang diri para Ambiyak yang Nabi s.a.w bertemu dalam peristiwa ini, sedangkan jasad-jasad mereka berada di bumi kecuali nabi Isa a.s ?
Disebut dalam kitab “ ‘Amdatul Qari “ bahawa Allah menyerupakan roh-roh para Ambiyak atas keadaan jasad-jasad mereka. Berkata “ Ibnu At Tin “ : Sesungguhnya dikembalikan roh ke jasad para Ambiyak pada hari dibangkitkan dari kubur kecuali Nabi Isa a.s, kerana dia hidup tidak mati. Dibangkitkan mereka dari kubur dan dimasukkan roh mereka didalam jasad sebagai persediaan untuk bertemu Nabi s.a.w kemudian kembali jasad mereka ke kubur mereka dan tinggal roh mereka tetap di langit.

5. Nabi s.a.w menjadi imam sembahyang kepada para Ambiyak di Baitil Maqdis, sedangkan sembahyang difardukan selepas mikraj ?
Betul, sembahyang dengan rupanya yang islam difardukan selepas mikraj, kerana sembahyang ada pada setiap para rasul, tetapi sembahyang mereka tidak seperti sembahyang yang islamiah yang mana menghimpunkan segala cirri-ciri sembahyang para rasul. Maka sembahyang para rasul pada sebahagian masa sahaja, dua rakaat sebalah pagi dan dua rakaat sebelah petang. Ada cara qiam, rukuq dan sujud yang tersendiri. Apabila datang sembahyang islam, dia mengambil kesemua cirri-ciri sembahyang tersebut. Tidak ada bilangan waktu yang difardukan. Sebab itulah Nabi Musa a.s mengatakan lima waktu itu banyak bagi umat Nabi s.a.w. Kalaulah di sana ada sembahyang yang difardukan, ia adalah sembahyang yang merangkumi/mencakupi bagi ciri-ciri sembahyang para rasul yang terdahulu.

6. Apabila dikatakan : Tidak perlu berpindah/bergerak Nabi s.a.w ke Baitil Maqdis dan bersembahyang dengan para Ambiyak di sana. Memadailah untuk memuliakan Nabi dengan mereka hadir kepadanya di Makkah supaya mereka bersembahyang dengan Nabi didalamnya, bahkan kehadiran mereka menambahkan kemuliaan bagi Nabi s.a.w, kerana orang yang besar lagi mulia manusia akan hadir kepadanya dan dia berada ditempatnya ?
Perpindahan Nabi s.a.w ke Baitil Maqdis dan sembahyang Nabi s.a.w dengan para Ambiyak di sana sebagai menambah kemuliaan dan penghormatan baginya kerana ia tidak akan terhasil kalau Nabi bersembahyang dengan mereka di Makah, kerana Nabi sampai ke Masjidil Aqsa dan berhimpun dengan para Ambiyak menunjukkan bahawa agamanya menggalakkan para pemimpin untuk berjalan ke tempat-tempat yang jauh, melihat keadaan rakyat yang berada di bawah penjagaan mereka supaya mereka mengetahui dan menyelami segala permasalahan yang berlaku dengan diri mereka sendiri.

7. Apakah hikmah Israk dan Mikraj ? Dan apakah faedah yang Nabi s.a.w dapat daripadanya ?
Hikmah pada Israk dan Mikraj ialah Nabi s.a.w dapat melihat tanda-tanda tuhannya dan keajaipan ciptaanNya. Faedah yang Nabi s.a.w dapat dari peristiwa ini ialah Nabi mengetahui dengan dalil-dalil yang menguatkan hati dan dengan penglihatan sendiri yang tidak ada ragu-ragu dan syak lagi.

8. Apakah hikmah diisrakkan Nabi s.a.w dalam keadaan menunggang sedangkan Allah boleh membalikkan bumi bagi Nabi s.a.w ?
Peristiwa ini menunjukkan apa yang berlaku bagi Nabi s.a.w mengikut adat pada tempat yang mencarikkan adat, kerana berlaku pada adat bahawa raja apabila dijemput oleh seseorang nescaya dihantar kenderaan untuk dinaikinya.

9. Tersebut dalam hadis Israk dan Mikraj bahawa Nabi s.a.w bertemu dengan qabilah dagangan unta, maka Nabi mendapati bekas air lalu Nabi mengambil dan meminumnya. Bagaimanakah Nabi s.a.w minum air tanpa meminta izin kepada tuannya ?
Nabi s.a.w berpegang pada adat/kebiasaan mereka yang tidak menahan sesuatu (daripada memberi) kepada orang yang lalu lalang, lebih-lebih lagi tentang air yang sangat diperlukan, dan Nabi s.a.w terlebih diutamakan oleh orang-orang mukmin daripada diri dan harta-harta mereka sendiri.

10. Apakah hikmah difardukan sembahyang pada malam Israk dan Mikraj ?
Sesungguhnya hikmah difardukan sembahyang pada malam Israk dan Mikraj bahawa Nabi s.a.w apabila dia naik ke langit, dia melihat lautan malaikat yang tidak dapat menghitungnya kecuali Allah s.w.t. Nabi merasa taajub melihat ibadat mereka, sebahagian mereka ada yang berdiri tanpa duduk, ada yang rukuq tanpa sujud dan ada yang sujud tanpa mengangkat kepala. Maka Allah menghimpunkan sekelian ibadat itu bagi Nabi dan umatnya pada setiap rakaat yang disembahyangkan, dengan syarat thomakninah, ikhlas dan khusyuk.
Melihat kepada kepentingan sembahyang ini dalam kehidupan muslim, Allah memanggil RasulNya untuk memberi kemuliaan dengan menyerahkan anugerah ini dengan difardukan secara terus kepada Nabi s.a.w tanpa ada perantaraan para malaikat.


المراجع
1. تفسير القرآن للإمام ابن كثير
2. سيرة النبوية لابن ابى شهبة
3. سيرة النبوية لابن هشام
4. الاسراء والمعراج للإمام محمد متولى الشعراوى
5. الاسراء والمعراج للدكتور احمد عمر هاشيم
6. تساؤلات وشبهات وأباطيل حول معجزة الاسراء والمعراج لشيخ محمد نور الدين مربوالمكى

Susunan:
Ibnu Rejab al-Qadhiyyi al-Azhariyyi

1 ulasan:

  1. Bismihi Taala...
    Antara hikmahnya, hasil daripada segala jenis azab yang dipertontonkan maka jalan penyelesaiannya ialah taat segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, perintah yang paling besar selepas iman ialah mendirikan solat, meninggalkan solat menjadi punca kepada segala azab yang dipertontonkan.Sekian.

    BalasPadam